bismillah .
Dalam perjalanan menuju Tuhan untuk mencari kebenaran. Sedang kita berusaha untuk terus ke depan dan apa yang lepas, kita tinggalkan. Namun, kadang-kadang masih ada masa lampau yang datang menyapa.
Itu tanda ujian.
ujian yang Allah berikan untuk melihat kita punya kegigihan. bersungguh ataupun hanya bicara di angin lalu sahaja.
Tapi...
perkara yang aku ingin fokuskan pada tulisan ini ialah tentang SESEORANG...
SESEORANG yang pernah bertandang kemudian menghilang atau terpaksa dihilangkan dari hati-hati yang ingin menuju kepada Tuhan.
Terpaksa dihilangkan sebab takut kau lebih ingat dia dari DIA.
Nak lupakan seseorang yang tidak halal dan pernah buat kita rasa tersentuh dengan kehadiranya bukan sesuatu yang mudah.
ye, aku tahu bukan mudah.
orang boleh cakap:
'lupakan je dia ...'
'jaga anti punya hati .. '
'kumbang bukan seekor ..'
dan
bla..bla..
hakikatnya, nak padam bukan semudah menekan button delete.
sabar dik.. akak tahu . sakit.
sakit .. . bila kau tengok dia pun macam merana juga
sakit .. . bila kau tengok dia komen dengan perempuan/lelaki lain kat FB
sakit .. . bila kau teringat balik kenangan-kenangan lama bersama dengan dia
tapi tersenyum sorang-sorang .. bila kau baca balik mesej-mesej lama .. *ceh
pastu kau sakit balik.
aku tahu itu semua sakit,
dan Allah lagi tahu betapa pertinya kau berjuang meninggalkan semua itu.
Allah lagi tahu berapa banyak air mata kau mengalir cuma disebabkan seseorang yang ini.
takpe, sabar ..Allah akan balas semua itu. jangan risau.
jangan kalut. perasaan itu semua normal.
maka hari ini, nak share beberapa perkara yang insyaAllah membantu.
walau tak banyak, mungkin sedikit tapi insyaAllah boleh cuba.
1. Niat dan azam yang bersunguh-sungguh.
bersungguh dengan penuh sungguh-sungguh. setiap apa yang kita niat itu yang kita dapat.
maka, niat kerana Allah.
kau memang kena bersungguh-sungguh!
TEKAD!
2. Yakin.
yakin dan percaya jika dia jodoh kita, kita akan tetap bersama.
jika bukan dia yang jadi pasangan kita??
maksudnya, Allah menggantikan dengan yang lebih baik daripada dia.
trust me.
Allah tak pernah menghampakan hamba-hambaNya. Bukankah Dia yang mencipta hati-hati. mana mungkin Dia tak tahu apa yang ada dalam hati dan yang terbaik untuk hati.
andai kata kau dah yakin memang dia tercipta untuk kau.
Istikharah dan Istisyarah la. teruskan langkah untuk membina masjid.
jangan risau,aku tak halang.
3.Buang.
buang segalanya tentang dia.
-mesej-mesej lama kat FB, PHONE, WASSAP, YM, FRENSTER (krik,krik), GMAIL dan sebagainya
-gambr dia yang kau buat wallpaper wassap -bibah2014-
-rambut dia yang kau simpan buat penanda buku
-dan lain-lain
seseorang pernah cakap, intisarinya lebih kurang begini.
'mungkin sekarang kita rasa kuat..kita tak buang mesej2 lama dia. esok lusa..kita tak tahu macam mana'
-aini 2014-
hari ni mungkin kau rasa kuat sebab iman kau tengah naik.
tapi bila iman kau tengah terketar-ketar ...
benda-benda tu la yang kau rujuk balik nanti.
pastu feeling sorang-sorang.
*sentapan untuk diri sendiri. pfft. T.T
4.Doa.
kita dah usaha sebaik mungkin. berdoalah.
Allah melihat usaha kita.
Allah tak pernah zalim dengan hamba-hambaNya.
ingat!
Allah pisahkan kita dengan seseorang sebab nak menemukan kita dengan seseorang yang lebih baik.
mungkin dengan jasad yang sama tapi rohani yang berbeza.
insyaAllah.
----------------------------------------------
peringatan untuk diri ini juga.
maaf jika kasar bahasanya. dah lama tak berbicara.
be strong .
p/s:: mungkin boleh layan baca sambil dengar lagu sembilu kasih.
nah link : http://www.youtube.com/watch?v=xVohCq2yTyM
copy paste dari notes kat my fesbok.
kita dah usaha sebaik mungkin. berdoalah.
Allah melihat usaha kita.
Allah tak pernah zalim dengan hamba-hambaNya.
ingat!
Allah pisahkan kita dengan seseorang sebab nak menemukan kita dengan seseorang yang lebih baik.
mungkin dengan jasad yang sama tapi rohani yang berbeza.
insyaAllah.
----------------------------------------------
peringatan untuk diri ini juga.
maaf jika kasar bahasanya. dah lama tak berbicara.
be strong .
p/s:: mungkin boleh layan baca sambil dengar lagu sembilu kasih.
nah link : http://www.youtube.com/watch?v=xVohCq2yTyM
copy paste dari notes kat my fesbok.
sentiasa berdoa.tunjang kekkuatan kita =)
ReplyDeletehai asked. ni rupanya jawapan bila kita ada crush seseorang dalam diam
ReplyDeletemcm kenal jer... ayong ker nih?
ReplyDelete