Hari ni nak share tentang penjagaan rambut. Saya seorang yang sangat pentingkan penjagaan rambut dan suka nak potong rambut TAPI lepas potong. oh my... motivasi jatuh kadang-kadang sampai sebulan. haha.
Okay so, saya sediakan macam mana nak jaga rambut based on my experience, apa yang saya baca dan amalkan.
okay, dah! jom mula
1. SYAMPU DUA HARI SEKALI
Mula dengan perkara asas dahulu. Bab basuh rambut. hehe! Pensyarah masa belajar dulu pernah pesan elakkan basuh rambut setiap hari sebab kita tak berapa arif dengan kandungan syampu yang kita guna. Rambut dia pun hitam je uols,lebat pula tu. Jadi saya pun cuma akan basuh dua hari sekali dan bila perlu sahaja.
2. JANGAN SKIP CONDITONER !
Ramai wanita di luar sana yang mengambil mudah tentang penggunaan conditioner. Sebenarnya ianya sangat penting untuk menjadikan rambut kita kembali neutral selepas meggunakan syampu. Tetapi ingat!! JANGAN SAPU DI KULIT KEPALA sebab kulit kepala kita menghasilkan minyak yang tersendiri jadi keadaan rambut di bahagian kepala automatik keadaan lembab. Rambut yang dibahagian hujung yang kurang mendapat zat daripada minyak tersebut lagi-lagi kalau rambut anda panjang.
Jadi, conditioner pelrlu di pakai pada bahagian tengah hingga hujung rambut sahaja. Jelas ke anak-anak semua?
3. POTONG BAHAGIAN HUJUNG RAMBUT YANG BERCABANG
Biasanya saya akan potong hujung rambut yang rosak dalam sebulan sekali ( time rajin la ). Macam mana nak tahu rosak atau kering? Korang rasa rambut korang sekarang dari bahagian kepala sampai hujung rambut. If hujung rambut terasa agak kasar maksudnya samada ada rambut bercabang ataupun rambut anda kering.
Apa nak buat?? potong dan buang bahagian hujung.yang rosak . Setakat ni saya tak jumpa lagi produk yang boleh mencantumkan semula hujung rambut yang bercabang.
4. JANGAN IKAT RAMBUT TERLALU KETAT
Elakkan ikat rambut terlalu kuat sehingga boleh menyebabkan kesan pada rambut sebab rambut akan mudah rosak. Waktu tidur just buat tocang yang longgar dan ikat sempoi-sempoi ja di bahagian hujung.
5. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
Ada kena mengena ke? yes, dear. ada. Minum ja air kosong, tak rugi guys.. baik untuk rambut, kulit dan badan kita juga. Kalau boleh consme vitamin untuk rambut pun okay. Macam Kina sekarang consume PINK LADY BODY PERFECTION untuk berat badan ideal tapi dalam tu ada manfaat untuk rambut juga so Kina tak perlu cari produk lain dah. easy kan.
6. PILIH SYAMPU YANG BERASASKAN BAHAN ORGANIK
Seeloknya apa-apa produk please pilih yang berasaskan bahan organik . Ada member dulu siap tak guna syampu, guna santan ja. Macam Kina sekarang still guna syampu dan serum Kina gantikan dengan minyak kelapa asli. Sebelum basuh rambut, Kina akan pakai dulu minyak kelapa tu. Sebelum Kina guna minyak kelapa tu Kina guna minyak rambut ZAM-ZAM tu. sapa tau?? yes! yang berwarna hijau itu guys. haha. Tapi disebabkan tekstur minyak tu agak berat jadi Kina lagi prefer minyak kelapa asli.
okay so setakat ni sahaja dulu . Next mungkin pasal cara nak lebatkan rambut. Insya Allah...kalau rajin la naa .haha
INI LAA MINYAK ZAM ZAM |
No comments:
Post a Comment