Monday, July 2, 2018

MACAM MANA NAK TAHU LELAKI TU SUKA KITA?




Lelaki ini mudah.

Bila dia inginkan sesuatu,dia akan usaha untuk dapatkan.
Bila dia suka, dia akan cakap.


Mudah.


Cuma satu perangai lelaki, dia tidak akan cakap yang dia tak tertarik dengan kau secara jelas.
#taksampaihati


heh?

Tapi dia akan tunjuk secara tidak langsung.
Jika dia berterus terang, memang tak suka betul la tu.



Contoh:

1. Dia cakap, dia tak sedia untuk berkahwin.

Lalu kau pun berkata dalam hati,

'hmm, mesti dia perlukan masa untuk kumpul duit dan aku perlu beri semangat untuk dia.. '

Maka kau pun menghantar kata-kata motivasi setiap pagi dengan harapan dia akan terus bersemangat dan berharap kaulah punca kejayaan dia yang akan datang.

Come on girls.

Terima hakikat :

HE'S JUST NOT THAT INTO YOU.

Lelaki jika dia betul suka kau, dia akan dapatkan kau sesungguh-sungguhnya, Jika dia memang perlukan masa, dia akan cakap berapa lama masa yang dia perlukan supaya dia takkan terlepas perempuan yang berharga macam kau.

Dia takkan biarkan kau tertanya-tanya dan terkontang-kanting sendiri.

MAKA, apabila dia kata dia tak sedia untuk berkahwin sebenarnya dia takkan kahwin dengan kau tapi dengan orang lain.

Oleh itu, sila lupakan dia dan cari lelaki yang betul-betul nak kau dengan CARA yang BETUL.


Lelaki itu masih ada.

Trust me girls.


Berhenti membazir masa dengan orang yang salah.
p/s :


1.Penulisan ini berdasarkan bacaan melalui buku He's Just Not That Into You.

2.Buku yang menarik untuk dibaca terutama kepada gegadis yang tengah dalam zon keliru. Sebarang soalan boleh tanya. I'll try my best untuk jawab. haha.

3.Jika rajin, aku tulis lagi, jika tak muncul-muncul ..pi la beli buku tu. best oo..

4.Aku tulis supaya aku tak lupa

5.Oh ya, penulis utama buku ini seorang lelaki .

wallahualam.
#askedblurz

Apa-apa nak tanya just drop your comment okay. 

No comments:

Post a Comment

http://toinkss.shoutmix.net/