Friday, August 9, 2019

TESTIMONI REVIEW PINK LADY

MENUJU TUHAN







Salah satu usaha yang asked buat untuk memperbaiki diri ialah dengan berusaha untuk mencapai berat badan yang ideal dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.


Maka bermulalah episod pertama dengan consume supplement pada Mei 2018 atas tujuan sebagai 'booster' sahaja untuk kurus. Masa tu baru sedar aku kena buat sesuatu sebab aku sayang diri aku.

Jadi, asked pun berazam untuk kuruskan badan. Supplement yang asked guna, asked kaji betul-betul. Bukan main sapu. Boleh rujuk post lepas.



Asked tekad untuk turunkan berat badan atas sebab
betul-betul sayangkan diri, betul-betul nak perbaiki diri, bukan untuk orang lain dan bukan sebab untuk berkahwin.

I love myself.

I really love myself.

[ Tetibe sebak .. ]

Allah jadikan kita cukup terbaik . Jika kita betul-betul sedar dan bersyukur dengan apa yang Allah berikan, terima diri kita sebaiknya kita akan rasa betapa Allah itu sangat dekat.

Sentiasa dekat.

Walaupun kita selalu burukkan apa yang Dia bagi, tak pernah Dia terasa hati. Tetap Dia dengan kita.
Setia dengan penuh cinta.

Aduh. Sebak.
Ok sambung.

Jadi supplement tu asked consume dari 86kg sampai 83kg.
Diet pun ala kadar je lagi masa ni.

TANPA WORKOUT.

Bila berat dah cecah 83 kg, asked rasa ringan sikit dah badan. Baru asked mula buat senaman ringan (baca:terlampau ringan. Haha).

Alhamdulillah dapat turun sampai 78kg, asked berhenti makan supplement dan cuba cara sendiri untuk kurus. Berdebar juga, takut berat naik sebab tak consume dah supplement tu kan.

Alhamdulillah, syukur sangat sebab berat turun juga walaupun lambat sikit progress berbanding semasa asked consume supplement tu. (rujuk gambar rajah)

Jadi perjalanan menjadikan diri lebih baik, masih berjalan walaupun ada pasang surutnya sehingga Januari 2019.


Asked dapat sampai 70kg !! Tak sangka juga masa tuu.. ya Allah terima kasihhh.

Tahniah asked, hang dah buat yang terbaik! aku cakap dah kat hang, InsyaAllah hang bolehh.. - ini monolog

Pada April 2019 merupakan timbangan paling ringan asked dapat iaitu 63kg. Ditakdirkan masa ini, asked baru lepas jatuh sakit jadi berat memang turun mendadak.


Tak pernah sangka, aku akan capai berat macam ini. Terima kasih ya Allah!
Seronokk sangat!! Dalam sakit pun Allah bagi nikmat yang teramat.
Allah... Terima kasih Tuhan.
Nikmat mana yang mampu untuk aku dustakan.

Tips?

1. Asked tak makan nasi sebab join contest adik beradik. Diorang buat challenge tak makan nasi bermula Ogos 2018. Tapi sekarang makan dah. Hee.

2. Workout. Itupun selepas capai berat 78 kg baru start bersenam. Install apps workout, main badminton, main netball,jogging dan join kelab zumba.
Coach : kak Ana .
Ahli kelab tegar : Kak Fina , Kak Dayah dan Hadif

3. Tips paling mahal dan berkesan ialah makan hati. Hahah.
Ada satu kata-kata yang menarik untuk dikongsi. Orang yang tak lalu makan biasanya disebabkan dua perkara

1. Dia sedang dilamun cinta
2. Dia dalam keadaan bersedih
Dan lebih parah bila ianya disebabkan oleh kedua-dua itu.
Menarik kan?? Haha.

Itu dulu la.
Tapi sekarang, alhamdulillah.

Ok done.
Jadi sekarang berat asked setakat ini maintain 64-65kg.
Insya Allah target 63kg untuk September ni. Amin!!

Doakan ya.
Jika ada diet yang terbaru yang asked boleh try, kongsi2 tau

🤩

1 comment:

http://toinkss.shoutmix.net/