Sunday, July 18, 2010

aku perlu lampu suluh.

gelap.
segelap hatiku..

setiap detik yang berdetik kala aku mula menarik secebis oksigen di bumi darul iman ini semakin lama,semakin laju. Seolah-olah semakin tidak berdaya..
dan aku..
masih disini..terpinga-pinga.
mencari sesuatu. atau menunggu sesuatu. aku tak pasti.

jari jemari semakin lincah,kekiri dan kekanan.
sesekali mereka berhenti . terkedu. terpinga mencari idea..

keliru dalam syahdu. keningku mula berkerut.
bulu mate ku mule melentik..dan bulu-bulu hidong menari serentak dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

aku lihat kekiri.kupandang kanan.
tiada apa yang aku nampak.
kosong.
kenapa??

adakah aku sudah buta??
ouh..tapi kenapa jemari aku masih lagi mampu berjoget di atas keybod??

aku perlukan lampu suluh.

aku bangun.
aku tekan publish post.

aku perlu lampu suluh.

4 comments:

! .MiE. ! said...

jiwang laa plak

seroja jingga said...

kadangkala kita buta dalam terang
benar-benar tak tahu apa yang kita lakukan di dunia ini.
Tak tahu apa yang kita lakukan dengan hidup ini.
Dan buruknya, kita seperti berjalan tanpa tujuan.
Hanya terombang-ambing oleh kehidupan di sekitarkita
tanpa mempedulikan apa yang kita mau.


mungkin hati sedang benar-benar kosong.
Benar-benar kosong.
Seperti akak sedang kehilangan segalanya.
Bukan kehilangan dimana yang ada menjadi tak ada.
Tapi kehilangan dimana yang ada menjauh dari kita..

ah! maaf atas komen yang panjang.jiwa sedikit kacau :)

Seroja J

asked said...

tok~
jiwang itu seni.. ^^

asked said...

seroja ~

(n_n) takpe..
hanya kacau paham kacau